Cari @ Amanz

Godam  IsrealDengan ketegangan yang berlaku antara Palestin dan Israel, ramai diseluruh dunia yang menyatakan bantahan terhadap Israel. Tidak ketinggalan adalah beberapa pasukan sekuriti dan pengodam daripada Malaysia.

Sebagai bantahan untuknya, sejumlah web Isreal telah digodam (deface) oleh mereka, dan meninggalkan mesej #OpsSaveGaza pada setiap laman berkenaan. Pada setiap laman berkenaan, ia menyertakan nama kumpulan MalaysiaSecurityTester, AnonymousMalaysia, dan juga AnonGhost.

Sehingga kini, melalui laman Zone-H, hampir 100 buah laman web Israel telah digodam, dan tidak mustahil angka tersebut bertambah sehari dua lagi.

Tips daripada Anon Opsmy.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd