Nokia Memulakan Pengenalan Kemaskini Lumia Cyan

Nokia Memulakan Pengenalan Kemaskini Lumia Cyan

Diterbitkan pada July 15, 2014 oleh .

Nokia (yang kini dimiliki Microsoft) hari ini secara rasminya telah memulakan pengenalan kemaskini Lumia Cyan kepada para pengguna telefon pintar Lumia yang menggunakan Windows Phone 8.

Lumia Cyan membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, antaranya adalah talam notifikasi yang dinamakan Action Center, sokongan lebih banyak Tiles pada skrin utama, menguruskan peranti yang dihubungkan melalui Device Hub, sokongan papan kekunci WordFlow, dan beberapa kemaskini pada aplikasi kamera. Aplikasi kamera baru ini turut hadir dengan beberapa sokongan penyuntingan bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, pihak Nokia hanya mengumumkan pengenalan rasminya, dan mungkin kita akan lihat ia hadir ke peranti-peranti Lumia di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi.

Semak : Kemaskini Lumia Cyan


TIPS & ULASAN