Google Mengumumkan Project Zero – Ingin Mengatasi Kerentanan Pada Sebarang Perisian Yang Digunakan Ramai

Google Mengumumkan Project Zero – Ingin Mengatasi Kerentanan Pada Sebarang Perisian Yang Digunakan Ramai

Diterbitkan pada July 16, 2014 oleh .

Google LogoGoogle dalam usaha untuk memastikan arena web dan internet terus selamat dan bebas daripada pelbagai kerentanan, hari ini mereka mengumumkan sebuah projek baru dinamakan sebagai Project Zero.

Project Zero merupakan daripada bahagian sekuriti dan keselamatan di Google. Seperti semua sedia maklum, Google mempunyai pasukan sekuriti mereka tersendiri untuk memantau dan menambah-baik produk mereka. Namun, Project Zero ini bukan hanya untuk produk dan perkhidmatan Google sahaja, tetapi sebaliknya memfokuskan kepada pelbagai jenis perisian yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia.

Disamping mencari sebarang kerentanan dan pepijat pada perisian, pasukan Project Zero juga turut akan membuat pelbagai kajian dan analisa berkaitan sekuriti yang akan mengutungkan ramai.

Untuk Project Zero ini, pasukannya akan beroperasi seperti biasa, dimana mereka akan memaklumkan mengenai sebarang kerentanan kepada pemilik perisian, dan sebaik sahaja masalah tersebut diatasi, masalah tersebut akan disenaraikan pada log pangkalan data Project Zero yang boleh diakses ramai.


TIPS & ULASAN