Aplikasi Skype Untuk Windows 8.1 Dikemaskini – Kini Menyertakan Sokongan Panggilan Berkumpulan

Aplikasi Skype Untuk Windows 8.1 Dikemaskini – Kini Menyertakan Sokongan Panggilan Berkumpulan

Diterbitkan pada July 16, 2014 oleh .

Skype untuk desktop sedia membawakan sokongan panggilan berkumpulan sejak sebelum ini, dan hari ini pihak Microsoft turut membawakan sokongan panggilan berkumpulan secara percuma kepada semua pengguna aplikasi Skype di Windows 8.1.

Skype Group Call

Sokongan panggilan berkumpulan telah ditawarkan di Skype sejak dulu lagi, tetapi ia memerlukan langganan berbayar. Pada bulan April lepas, pihak Microsoft telah mengubahnya, dan menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma kepada semua. Ketika itu, ia hanya menyokong pengguna Skype untuk desktop, Skype di Xbox, dan juga Skype di Mac.

Pengenalan kemaskini aplikasi Skype untuk Windows ini sekaligus membolehkan pengguna tablet Windows menikmati fungsi panggilan video berkumpulan dengan mudah, sekaligus membolehkan mereka membuat tugasan dengan lebih senang menggunakannya.

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat panggilan antara 3 ke 10 pengguna pada sesuatu masa, disamping turut membawakan sokongan snap aplikasi lain bersebelahan ketika menggunakannya.

Bagi pengguna aplikasi moden Skype, anda boleh mengemaskini aplikasi anda dan menikmati fungsi baru ini pada tablet dan komputer Windows 8.1 anda.

Muat-Turun Skype untuk Windows 8.1


TIPS & ULASAN