Samsung Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih SmartThings Untuk Menceburi Arena Rumah Pintar

Samsung Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih SmartThings Untuk Menceburi Arena Rumah Pintar

Diterbitkan pada July 16, 2014 oleh .

Samsung merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena teknologi, dimana mereka menawarkan pelbagai perkakasan elektronik, peranti mudah-alih, komputer dan sebagainya. Mereka juga telah mengambil-alih beberapa syarikat sebelum ini dalam mengukuhkan portfolio tawaran mereka kepada pengguna.

SmartThings

Terkini, ia dilaporkan yang mana syarikat gergasi dari Korea Selatan ini sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih salah satu syarikat yang memfokuskan kepada rumah pintar, dinamakan sebagai SmartThings. Perbincangan dikatakan pada nilai sekitar $200 juta buat masa ini.

SmartThings membolehkan para pengguna untuk menghubungkan pelbagai peralatan seperti lampu, pintu, suis, dan sebagainya, seterusnya mengawal ia menggunakan telefon pintar mereka.

Samsung sedia mempunyai penawaran seperti itu, dan mungkin dengan pengambil-alihan SmartThings, ia akan terus mengukuhkan portfolio mereka dalam arena tersebut.

Arena rumah pintar boleh dikatakan agak mendapat perhatian pada tahun ini, dimana pihak Google telah mengambil-alih Nest, disamping Apple yang turut hadir dengan HomeKit mereka.

Mungkinkah Samsung akan memperluaskan dan memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena tersebut dengan mengambil-alih SmartThings?


TIPS & ULASAN