Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan tempahan teksi di rantau Asia Tenggara ini, dan salah satu perkhidmatan daripada pihak Rocket Internet adalah EasyTaxi. Terkini, syarikat tersebut dilihat bekerjasama dengan WeChat dalam proses memudahkan tempahan teksi terus daripada aplikasi permesejan tersebut.

Buat masa pengenalan ini, EasyTaxi mencuba perkhidmatan tempahan melalui WeChat itu di Singapura terlebih dahulu, dan dijangka akan diperluaskan ke negara lain tidak lama lagi.

EasyTaxi WeChat

Daripada apa yang dikongsikan, pengguna akan terlebih dahulu perlu mengikuti akaun EasyTaxi di WeChat, dan seterusnya boleh klik pada butang “Call Taxi” untuk tempahan. Sebaik sahaja butang tersebut ditekan, pengguna akan dibawa ke halaman baru untuk log masuk dan membuat tempahan teksi.

Selain daripada EasyTaxi, pihak Rocket Internet juga dijangka akan menggunakan kaedah sama untuk beberapa perkhidmatan lain, dan salah satunya adalah FoodPanda.

Memandangkan kedua-dua perkhidmatan – EasyTaxi dan WeChat sedia ditawarkan di Malaysia, maka mungkin kita akan dapat melihat fungsi sama turut ditawarkan di sini dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd