Cari @ Amanz

Android UdacityTerdapat beberapa sumber untuk para pengguna dan pembangun mempelajari cara-cara dan kaedah untuk membangunkan aplikasi Android. Terkini, Google sendiri menawarkan beberapa sumber pembelajaran untuknya melalui perkhidmatan Udacity.

Melalui kursus atas-talian ini, Google menawarkan langkah demi langkah untuk pembangunan yang mana turut merangkumi topik berkaitan dengan antaramuka dan juga pembangunan untuk peranti mudah-alih.

Walaupun kursus ini ditawarkan untuk mereka yang masih baru dalam pembangunan untuk peranti mudah-alih, pengetahuan dalam pengaturcaraan mestilah diketahui serba sedikit untuk memudahkan pembelajaran.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memulakan pembelajaran penuh untuknya dengan ke halaman “Developing Android Apps: Android Fundamentals”, dan memilih “View Courseware”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd