Cari @ Amanz

Giveaway Amanz x Ramadhan yang seterusnya sudah tentu menggembirakan anda yang selalu bermain permainan komputer. Kali ini Armaggeddon Malaysia telah menaja DUA tetikus yang dikhususkan buat para pemain tegar. Tetikus Alien Craft IV G17 yang pernah kami ulas sebelum ini berharga RM259 dan mempunyai pelbagai fungsi yang boleh diubah mengikut selera pemain.

armageddon-raya

Armaggeddon merupakan satu jenama tempatan yang menghasilkan produk berkualiti dalam aksesori memfokuskan buat pasaran permainan komputer. Sepertimana yang kita tahu pasaran permainan komputer merupakan pasaran khusus dan Tetikus Alien Craft IV G17 ini dilengkapi pelbagai ciri bagi memenuhi kehendak tertentu untuk memastikan pemain boleh bermain dengan lebih selesa disamping memperoleh keputusan yang cemerlang.

aRMAGEDDON g17M1710004

Ia hadir dalam empat warna iaitu Galactic Black, Comet Red, Cosmic Blue dan Armaggeddon Yellow. Antara ciri-ciri spesifik termasuk pengubahan berat sebanyak 8 tahap pada kadar 4gram (4g, 8g, sehingga 32g) dan mempunyai 8 tahap CPI sehingga 8200 CPI. Lampu pada tetikus ini boleh diubah dan terdapat 11 butang dimana 9 daripadanya boleh dimuatkan aksi khusus. Terdapat juga butang yang boleh mengubah kawalan 9 butang tersebut kepada 5 profil tetapan permainan. Tetikus ini juga dilengkapi dengan wayar sepanjang 1.8meter dan mempunyai jaminan selama 2 tahun.

Berbeza dengan cara giveaway sebelum ini, pemenang akan dipilih dari JAWAPAN pembaca yang tepat yang dipilih berdasarkan cabutan berdasarkan waktu yang akan dilakukan kami dari laman Random.org

  • Nombor rawak pertama antara 1-2: Mewakili AM / PM
  • Nombor rawak kedua antara 1-12: Mewakili jam ke 1-12
  • Nombor rawak ketiga antara 1-59: Mewakili minit ke 1-59
  • Seperti contoh: 1,9,15 = akan membawa maksud komen pada pukul 9.15 AM, dan 2,4,30 akan membawa maksud komen pada pukul 4.30PM.
  • Sekiranya terdapat lebih dari 1 komen pada waktu tersebut, pemenang akan dipilih melalui cabutan nombor rawak antara 1-60 mengikut saat jawapan tersebut diberikan.
  • Soalan yang perlu dijawab: “Berapa banyak pelapik teflon pada tetikus Alien Craft G17?” Jawapan ada pada ulasan kami.
  • Cabutan akan dilakukan sebanyak 2 kali kerana terdapat 2 Armaggeddon Alien Craft G17 untuk dimenangi.

Seperti biasa, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 4 petang (17 Julai).

  • Info
  • Kemaskini Pememang: Pemenang yang bertuah adalah-

    • Syukri Lajin, amaN.
    • Pemenang akan dihubungi melalui emel :)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd