Cari @ Amanz

AltelAltel merupakan salah satu syarikat telekomunikasi baru, dimana ia merupakan syarikat yang menerima slot spektrum terbesar untuk 4G di Malaysia berbanding syarikat telekomunikasi lain. Kini, setelah sekian lama, Altel dilihat telah pun bersedia untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka.

Sebelum ini, pihak Altel menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan LTE mereka pada 1 Julai, tetapi ia dilihat mengalami sedikit kelewatan disebabkan beberapa ujian teknikal.

Pada hari ini, Altel hanya menawarkan perkhidmatan dalam bentuk prabayar, dan mereka menggunakan rangkaian Celcom untuknya. Penambahan sokongan rangkaian LTE ini mungkin diperkenalkan secara berperingkat mengikut kawasan oleh pihak mereka.

Melalui sokongan LTE, ia dijangka akan menawarkan kepantasan data pada kadar antara 3 ke 5 kali ganda berbanding rangkaian 3G sedia ada, sekaligus membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara dengan lebih pantas, disamping menikmati media tanpa sebarang gangguan ataupun lengah masa.

Buat masa ini, apakah penawaran daripada pihak Altel, dan pakej yang bakal disediakan masih tidak diketahui sepenuhnya. Dengan berbaki hanya dua hari lagi, sama-sama kita nantikan lebih maklumat mengenai penawaran LTE daripada Altel kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd