Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah memperkenalkan kemaskini KitKat kepada peranti flagship mereka seperti Xperia Z1, Z Ultra dan sebagainya. Kini, selang beberapa minggu, pihak Sony turut mengumumkan pengenalan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk satu lagi telefon pintar mereka, iaitu Xperia T2 Ultra.

Xperia T2 Ultra

Xperia T2 Ultra merupakan peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada Sony, yang mana hadir daripada keluarga phablet. Ia telah dilancarkan pada tahun ini, dan telah sedia dijual di pasaran tempatan.

Melalui kemaskini KitKat, ia membawakan pengoptimasian antaramuka, kemaskini dari prestasi, selain turut menyertakan kemaskini aplikasi Sony terbaru seperti WALKMAN, MyXperia, dan sebagainya.

Usaha ini boleh dikatakan salah satu perkara yang perlu dipuji, memandangkan kebanyakkan pengeluar tidak menawarkan kemaskini sistem operasi untuk peranti dari keluarga pertengahan mereka. Menariknya, Sony turut mengatakan mereka turut akan berkongsi mengenai kemaskini untuk Xperia E1 dan juga Xperia M2 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd