Platform mudah-alih yang lain, seperti iOS, Android, malah Windows Phone telah mempunyai pembantu maya mereka tersendiri, dan kini, agak lambat berbanding yang lain, pihak BlackBerry mengumumkan pengenalan untuk pembantu maya daripada mereka, dinamakan sebagai BlackBerry Assistant.
Untuk makluman, pihak BlackBerry sedia menyertakan sokongan kawalan suara pada BlackBerry 10, dan BlackBerry Assistant membawa ia selangkah kehadapan dengan membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti, disamping ia beroperasi sebagai pembantu maya anda.
Menggunakan BlackBerry Assistant, pengguna boleh membuat beberapa perkara, termasuk antaranya adalah:
- Melihat apa yang popular di Twitter.
- Membuat carian emel.
- Membacakan emel.
- Menguruskan emel.
- Membuat carian di kalendar.
- Menghantar BBM.
- Membuat peringatan.
- Mengawal peranti seperti mengawal Bluetooth dan lampu suluh.
- …serta pelbagai perkara lain.
BlackBerry Assistant ini bakal diperkenalkan kepada pengguna peranti BlackBerry 10 melalui kemaskini BlackBerry 10.3 kelak. Mungkin kita akan dapat melihat lebih lanjut mengenai sokongan pembantu maya daripada BlackBerry ini setelah ia dilancarkan kelak.