Cari @ Amanz

Google Chrome LogoGoogle hari ini telah memperkenalkan versi stabil baru untuk pelayar web Chrome mereka, iaitu versi 36. Seperti biasa, bersama-sama dengannya, beberapa perkara baru diperkenalkan.

Chrome 36 kini hadir dengan sokongan notifikasi yang lebih baik, disamping sedikit perubahan pada tetingkap Incognito. Disamping itu, untuk para pengguna sistem operasi Linux, Chrome 36 menyertakan sokongan Chrome App Launcher untuk memudahkan akses kepada aplikasi Chrome yang terpasang pada pelayar web tersebut.

Disamping itu, seperti biasa pihak Google turut membawakan kemaskini pada bahagian sekuriti, disamping menambah-baik prestasi dan kestabilan pelayar web berkenaan.

Bagi pengguna Chrome sedia ada, anda akan menerima kemaskini ini secara automatik, ataupun turut boleh memuat-turunnya secara manual untuk Windows, Mac dan Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd