Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Galaxy Note 3, Samsung sejak daripada penghujung minggu lepas telah mula menawarkan kemaskini untuk platform operasi, dimana melaluinya ia menyertakan beberapa fungsi baru kepada pengguna phablet popular tersebut.

Kemaskini Galaxy Note 3

Melalui kemaskini yang bersaiz sekitar 205MB ini, Samsung menyertakan salah satu fungsi yang terdapat pada Galaxy S5, iaitu Kids Mode dan juga Download Boster. Kids Mode, seperti pada namanya memfokuskan kepada fungsi paparan peranti yang dioptimasikan untuk kanak-kanak dengan kawalan aplikasi yang boleh diakses. Sementara Download Booster pula menawarkan sokongan untuk pengguna memuat-turun sesuatu perkara dengan lebih pantas hasil menggunakan gabungan rangkaian WiFi dan juga talian data peranti.

Disamping itu, pihak Samsung turut menyertakan beberapa perkara baru, seperti fungsi Virtual Tour pada bahagian kamera, dan juga kemaskini sekuriti dengan penawaran KNOX 2.0.

Bagi pengguna Galaxy Note 3, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke halaman Settings > About Device > software Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd