LG G3 Beat Diperkenalkan – Variasi LG G3 Berspesifikasi Pertengahan

LG G3 Beat Diperkenalkan – Variasi LG G3 Berspesifikasi Pertengahan

Diterbitkan pada July 17, 2014 oleh .

LG hari ini secara rasminya telah memperkenalkan LG G3 Beat (dan turut dikenali dengan nama LG G3S), yang mana merupakan variasi LG G3 dengan spesifikasi pertengahan, disamping menyertakan beberapa ciri-ciri premium bersama-sama dengannya.

LG G3 Beat

LG G3 Beat hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2GHz, skrin bersaiz 5-inci, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Peranti ini turut menjalankan Android 4.4 KitKat, selain turut hadir dengan sokongan 4G LTE bersama-sama dengannya.

Dari segi rekabentuk, ia menyerupai LG G3, dimana hadir dengan bahagian tepi kerangka yang nipis, serta menawarkan bahagian skrin yang luas untuk digunakan pengguna.

Disamping itu, pihak LG turut menyertakan beberapa fungsi seperti pada LG G3, termasuk sokongan Laser Auto Focus untuk rakaman gambar, beberapa mod rakaman seperti Gesture Shot dan Touch & Shot, papan kekunci yang mempelajari mengikut input anda, dan juga aplikasi QuickMemo+.

LG G3 Beat ini akan ditawarkan di beberapa buah negara Asia secara berperingkat bermula pengenalan esok di Korea Selatan. Seperti biasa, ia seperti tidak akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya – apatah lagi dengan pihak LG Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang berita berkenaan pengenalan telefon pintar daripada mereka untuk pasaran Malaysia.

LG G3 Beat


TIPS & ULASAN