Amanz X Ramadhan 10 – Menangi Sony Xperia M2 Dan Kredit RM50 Daripada Maxis

Amanz X Ramadhan 10 – Menangi Sony Xperia M2 Dan Kredit RM50 Daripada Maxis

Diterbitkan pada July 17, 2014 oleh .

Dengan musim raya yang semakin dekat, semestinya ramai yang ingin meraikannya dengan telefon pintar baru. Meneruskan giveaway untuk kali ke-10, hari ini pihak Maxis menaja satu unit Xperia M2 bersama-sama kredit Hotlink sebanyak RM50 khusus untuk pembaca Amanz, selain beberapa hadiah misteri lain.

maxis-ramadhan

Xperia M2 merupakan salah satu telefon pintar Sony yang terbaru, dimana ia hadir dengan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, skrin bersaiz 4.8-inci, kamera 8-megapixel dengan sokongan Exmor RTSM, dan hadir dengan rekaan industri popular daripada Sony.

Maxis sedia menawarkan telefon pintar ini melalui pakej mereka, dimana pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM339.

Untuk memenangi peranti ini, anda hanya perlu melengkapkan ayat, “Pengguna boleh mendapatkan Xperia M2 pada harga serendah RM____ daripada Maxis“, dan kami akan memilih pemenang rawak untuknya.

Giveaway ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 4 petang (18 Julai).

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Hgm7sPbXeVk]

Layari : Halaman Xperia M2 di Maxis

 Kemaskini 21 Julai: Tahniah kepada Mohd Shahrul Izzat bin Abdullah dan anda akan dihubungi melalui emel :)


TIPS & ULASAN