Cari @ Amanz

Huawei KLCCHuawei telah sedia mempunyai flagship-store mereka, dan kini mereka turut membuka cawangan ketiga untuknya di KLCC dalam usaha untuk memudahkan pengguna mencuba dan mendapatkan peranti-peranti terus daripada mereka.

Kedai Huawei di KLCC ini terletak di tingkat tiga (Lot 316A), membolehkan pengguna melihat pelbagai produk Huawei, termasuk telefon pintar, tablet, modem broadband, dan pelbagai peranti yang lain.

Ini juga dilihat merupakan usaha pihak Huawei dalam memudahkan pengguna mendapatkan produk mereka, disamping mengukuhkan lagi kedudukan jenama mereka di arena tempatan.

Sebelum ini, pihak Huawei turut telah melancarkan kedai jualan atas-talian mereka, VMall di Malaysia yang mana menawarkan jualan peranti terus kepada pelanggan tanpa perlu melalui pengedar dan pihak ketiga seperti sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd