Pengguna Peranti Apple? Jangan Lupa Aktifkan Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor Untuk Akaun Anda

Pengguna Peranti Apple? Jangan Lupa Aktifkan Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor Untuk Akaun Anda

Diterbitkan pada July 18, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, pihak Apple telah mula memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk Apple ID. Namun, ketika itu ia hanya terhad untuk beberapa negara sahaja, dan hari ini perkara tersebut berubah apabila ia diperluaskan dan diperkenalkan kepada pengguna lebih banyak negara – termasuk Malaysia.

Apple ID - Pengesahan Dwi-Faktor

Dengan pengenalan sokongan pengesahan dwi-faktor ini, ia menjadikan akaun pengguna lebih selamat berbanding kebiasannya. Sekiranya pengguna mengaktifkan sokongan tersebut, selepas log masuk seperti biasa ke akaun Apple ID, pengguna akan diperlukan untuk memasukkan sebuah kod khusus yang dihantar ke peranti anda dalam bentuk SMS. Pengguna akan dapat mengakses penuh ke akaun Apple mereka selepas memasukkan kod khusus tersebut.

Bagi anda yang menggunakan Apple ID, boleh ke halaman rasmi mereka hari ini, dan mengaktifkan sokongan ini daripada laman tersebut – sekaligus menjadikan akaun anda lebih selamat berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN