Pra-Tempahan Vivo XShot Akan Dimulakan Bermula 21 Julai Ini

Pra-Tempahan Vivo XShot Akan Dimulakan Bermula 21 Julai Ini

Diterbitkan pada July 19, 2014 oleh .

Vivo merupakan satu lagi pengeluar dari China, dimana mereka telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini. Terkini, pihak Vivo Malaysia dilihat akan memulakan pra-tempahan untuk salah satu peranti mereka – Vivo Xshot, bermula hari Isnin ini.

Vivo Xshot

Seperti telefon pintar Oppo Find 7, pihak Vivo turut menawarkan dua variasi Vivo Xshot iaitu versi Elite dan juga versi Flagshipz. Membezakan kedua-duanya adalah dari segi cip pemprosesan dan memori, dimana versi Elite dijana menggunakan Snapdragon 800, 2GB RAM dan 16GB ruangan storan; sementara versi Flagship hadir dengan Snapdragon 801, 3GB RAM dan 32GB ruangan storan.

Vivo Xshot

Perkara lain adalah sama pada kedua-dua peranti, dimana ia dilengkapi dengan kamera 13-megapixel dengan lensa F/1.8, kamera hadapan 8-megapixel, skrin bersaiz 5.2-inci, bateri berkapasiti 2600mAh, dan hadir dengan sokongan bunyi Hi-Fi.

Dari segi perisian, ia dijana menggunakan Funtouch OS 1.2 yang mana berasaskan kepada Android 4.3.

Di Malaysia, Vivo Xshot Elite akan dijual pada harga RM1599, sementara Xshot Flagship pula akan dijual pada harga RM1799.

Selain kedua-duanya, pihak Vivo turut akan membawa masuk Vivo XPlay3S ke pasaran Malaysia pada awal bulan Ogos ini.


TIPS & ULASAN