Asus Menawarkan Kemaskini Perisian Untuk Zenfone 5 – Menambah Baik Kestabilan Peranti

Diterbitkan pada July 19, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak Asus Malaysia kini telah mula menawarkan kemaskini perisian untuk para pengguna Zenfone 5 di Malaysia, dimana kemaskini ini dilihat lebih memfokuskan kepada menambah-baik kestabilan peranti berkenaan.

Asus Zenfone 5 Update

Kemaskini bersaiz sekitar 30MB ini dilihat memfokuskan kepada pelbagai perkara, termasuk dari segi audio, WiFi, Bluetooth, dan sebagainya. Sokongan baru untuk Flip Cover, iaitu kemudahan untuk menggunakan lampu suluh melaluinya ditambah melalui kemaskini ini.

Bagi anda yang menggunakan Zenfone 5, anda boleh menyemak kemaskini ini dengan ke halaman Settings > About > System Update hari ini, dan mula menikmati platform operasi yang lebih stabil berbanding sebelumnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami