Trend Micro : Berhati-Hati Dengan Pautan Berkaitan MH17 Di Twitter

Trend Micro : Berhati-Hati Dengan Pautan Berkaitan MH17 Di Twitter

Diterbitkan pada July 19, 2014 oleh .

Trend MicroTragedi yang menimpa kapal terbang #MH17 baru-baru ini telah membuatkan ramai yang berkongsi mengenainya di laman-laman sosial. Perkara ini juga tidak menghentikan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang untuk menyebarkan pautan-pautan berbahaya menggunakan hashtag tersebut.

Daripada pemantauan Trend Micro, beberapa pautan telah dihantar di Twitter dengan menggunakan hashtag tersebut, dimana apabila ia diklik ia membawa ke laman berbentuk malware.

Malware yang didapati oleh pihak Trend Micro adalah salah satu variasi daripada ZeuS, yang mana selain membolehkan ia mencuri pelbagai maklumat, ia juga boleh melemahkan sistem dan memudahkan malware lain mencerobohi sistem anda.

Untuk para pengguna, anda mungkin boleh mengelakkan klik pautan yang tidak diyakini anda, terutamanya dengan akhiran .TK. Anda juga mungkin boleh bergantung kepada sebarang maklumat rasmi berkaitan dengan tragedi ini daripada beberapa akaun rasmi, seperti daripada @MAS, dan lain-lain.


TIPS & ULASAN