Xiaomi Redmi Note Bakal Dijual Bermula 22 Julai Ini – Berharga RM509

Xiaomi Redmi Note Bakal Dijual Bermula 22 Julai Ini – Berharga RM509

Diterbitkan pada July 20, 2014 oleh .

Xiaomi sebelum ini telah memulakan jualan Redmi 1S untuk pasaran tempatan, dan satu lagi peranti baru yang akan mula dijual oleh mereka bermula Selasa ini adalah phablet daripada mereka dinamakan Redmi Note.

Xiami-Redmi-NoteM1970011

Xiami-Redmi-NoteM1970015

Redmi Note membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan lapan-teras, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dan juga kad mikro-SD.

Kedua-duanya juga turut menjalankan sistem operasi MIUI yang berasaskan Android.

Xiami-Redmi-NoteM1970012

Seperti biasa, penjualannya akan dilakukan melalui laman rasmi Mi.com, dimana pengguna akan diperlukan untuk membuat tempahan dan membayar menggunakan PayPal pada laman tersebut. Untuk penjualan fasa pertama ini, sebanyak 5000 unit akan ditawarkan oleh Xiaomi Malaysia.

Baca : Pandang Pertama Redmi Note


TIPS & ULASAN