Carian
Buycott – Ketahui Produk Yang Perlu Di Boikot Berdasarkan Kempen Yang Anda Sokong
July 20, 2014 Aman

Terdapat pelbagai produk di pasaran hari ini, dan mungkin ada antara pengguna yang ingin memboikot beberapa produk yang bertentangan dengan sokongan seseorang pengguna – seperti menentang produk Israel, menentang produk yang membahayakan alam sekitar, dan sebagainya.

Dalam usaha memudahkan perkara tersebut, salah satu aplikasi yang ingin membantu proses tersebut adalah Buycott. Aplikasi ini hadir dengan sokongan komuniti, dimana sesiapa sahaja boleh membuat kempen tersendiri dan menyenaraikan produk-produk yang ingin diboikot padanya.

Buycott Android

Buycott Android

Sebaik sahaja memasang aplikasi berkenaan, pengguna akan diperlukan untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook, dan seterusnya boleh memilih daripada senarai kempen yang disenaraikan. Seterusnya pengguna boleh membuat imbasan pada kod-bar sebarang produk dan mengetahui sama ada ia terlibat dalam sesuatu kempen ataupun sebaliknya. Sekiranya sesuatu produk tidak tersenarai, pengguna boleh menambahnya sendiri dan menyenaraikan ia pada perkhidmatan tersebut.

Apa yang menariknya mengenai aplikasi ini adalah dimana anda tidak memboikot semata-mata, sebaliknya boleh mengetahui pelbagai maklumat berkaitan dengan produk berkenaan, termasuk dari segi syarikat disebaliknya, apakah sumbangan mereka terhadap sesuatu perkara dan beberapa perkara lain. Sumber rujukan turut disediakan untuk pengguna menyemak berkaitan sesuatu perkara yang dinyatakan untuk kempen boikot berkenaan.

Daripada percubaan kami pada versi Android, ia berfungsi dengan lancar, namun terdapat beberapa kali ia crash ketika digunakan. Mungkin pembangunnya akan memperkenalkan kemaskini untuk mengatasi masalah ini pada masa akan datang. Disamping itu beberapa info kadang-kala tidak begitu tepat, dan pastikan anda menyemak sumber rujukan sebelum meneruskan sesuatu perkara.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store dan Apple AppStore, dan memudahkan lagi proses pemantauan produk yang ingin diboikot anda.

Terima kasih Pradeesh

Komen