Gambar Peranti Daripada Xiaomi Tertiris – Mungkinkah Ini Xiaomi Mi4?

Gambar Peranti Daripada Xiaomi Tertiris – Mungkinkah Ini Xiaomi Mi4?

Diterbitkan pada July 21, 2014 oleh .

Xiaomi menjadualkan sebuah acara pelancaran pada hari Selasa ini, 22 Julai dimana mereka bakal memperlihatkan salah satu peranti baru daripada mereka. Pelbagai desas-desus mengatakannya adalah Xiaomi Mi4 – peranti flagship terbaru daripada mereka untuk tahun ini.

Telefon pintar tersebut dikatakan akan dilengkapi dengan skrin bersaiz sekitar 5-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 801, dan turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel.

Lanjutan daripadanya, terkini sebuah gambar hadir memperlihatkan rekaan belakang dan hadapan untuk peranti yang dikatakan sebagai Xiaomi Mi4 ini.

Xiaomi Mi4

Spekulasi sebelum ini juga turut mengatakan ia akan hadir dengan rekaan berasaskan logam untuk kerangka belakangnya, dan memberikan pengalaman penggunaan peranti premium melaluinya.

Seperti biasa, ia tidak diketahui sama ada ini adalah peranti Mi4 yang diperkatakan ramai ataupun yang lain. Apa pun, kita akan mendapat jawapan untuknya pada hari Rabu ini kelak.

Bagi anda, sekiranya ini adalah Xiaomi Mi4, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN