JIBO – Robot Yang Ingin Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Anda

JIBO – Robot Yang Ingin Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Anda

Diterbitkan pada July 21, 2014 oleh .

Kita sedia melihat pelbagai filem dan anime yang memperlihatkan manusia dan robot tinggal bersama. Projek untuk merealisasikan telah diusahakan oleh beberapa pihak, dan kini sebuah projek baru hadir dinamakan JIBO, dan pembangunnya sedang mengumpulkan dana melalui IndieGogo.

JIBO

JIBO dipasarkan sebagai robot untuk keluarga, dimana ia boleh membuat beberapa perkara dan mengenal-pasti wajah setiap ahli keluarga melalui sokongan pengecaman wajah. Menggunakan perkara tersebut, ia boleh menawarkan setiap ahli keluarga informasi yang berkaitan menggunakan algoritmanya tersendiri.

Melalui halaman IndieGogo, pembangunnya berkongsi, dimana JIBO dilengkapi dengan dua kamera resolusi tinggi untuk mengecam dan turut digunakan untuk merakamkan gambar serta membuat panggilan video. Ia turut hadir dengan sokongan mikrofon 360-darjah untuk memudahkan pengguna berhubung dan berkomunikasi dengan JIBO dari mana-mana tanpa masalah.

Ia juga turut hadir dengan algoritma pembelajaran pintar, untuk membolehkan ia mempelajari gaya hidup pengguna dan menawarkan informasi berkaitan bersesuaian dengan sesuatu keluarga. Disamping itu, ia juga turut boleh digunakan sebagai pembantu peribadi, dan membolehkan ia membuat beberapa tugasan seperti membaca, berkomunikasi dan beberapa perkara lain.

Daripada video demonstrasi berbentuk promosi, robot JIBO ini kelihatan amat menarik sekali, dan mengikut halaman IndieGogo, ia telah sedia mencapai matlamat dan ramai yang telah membuat tempahan untuk robot tersebut.

Pembangunnya turut mengatakan yang mana JIBO akan hadir dengan platform terbuka, membolehkan pelbagai pembangun membangunkan aplikasi untuknya – dan membawa penggunaannya setapak lagi kehadapan.

Robot JIBO pertama dijangka akan mula dihantar kepada penyumbang bermula September 2015 kelak. JIBO ditawarkan pada harga $499 (~RM1588) melalui halaman IndieGogo.

Layari : Laman IndieGogo untuk JIBO


TIPS & ULASAN