Berhati-Hati Dengan Aplikasi MH17 Di Google Play Store

Berhati-Hati Dengan Aplikasi MH17 Di Google Play Store

Diterbitkan pada July 21, 2014 oleh .

Menangguk di air yang keruh ialah taktik biasa yang kami lihat di kalangan pembangun aplikasi permainan mobil. Sebelum ini, selepas permainan Flappy Bird ditarik oleh pembangunnya daripada PlayStore, berpuluh klon permainan yang seumpamanya muncul secara pukal di Google Play, dan hadir dengan pengiklanan ekstrim dan juga berbentuk malware. Kini, perkara tersebut berulang dengan menggunakan isu-isu terkini yang popular didunia.

mh17M2010001

Hari ini kami terkejut apabila menemui beberapa aplikasi memfokuskan MH17 muncul di Google Play Store. Ada yang hanya memaparkan gambar dan ada juga yang langsung tidak mempunyai kandungan yang kena mengena dengan tragedi pesawat MH17 berkenaan. Terdapat juga sebuah permainan teka teki menyusun gambar. Beberapa gambar yang digunakan sebagai teka-teki kami rasakan kurang sensitif terhadap keluarga mangsa tragedi keganasan ini. Sebagai contoh terdapat gambar seorang askar menembak peluru berpandu bergalas.

Kami rasakan tidak perlu anda memuat turun aplikasi-aplikasi ini dan memberi keuntungan kepada pembangun. Dari menghabiskan kredit telefon memuat turun, kami sarankan anda gunakan wang yang dijimatkan untuk menderma kepada keluarga mangsa.

Anda juga turut dinasihatkan untuk menyemak senarai kebenaran yang diberikan kepada sesuatu aplikasi sebelum memuat-turunnya, disamping membaca ulasan yang ditinggalkan oleh pengguna berkaitan dengan sesuatu aplikasi.


TIPS & ULASAN