Acer Liquid E3 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM799 – Hadir Dengan Kamera Depan Bersama Flash

Acer Liquid E3 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM799 – Hadir Dengan Kamera Depan Bersama Flash

Diterbitkan pada July 21, 2014 oleh .

Acer Malaysia hari ini telah menambah penawaran peranti mereka untuk pasaran Malaysia, dimana telefon Android terbaru daripada mereka – Acer Liquid E3 telah mula dijual di Malaysia pada harga RM799.

Acer Liquid E3 membawakan rekaan yang nipis, dan salah satu perkara yang menjadi fokus terhadap peanti ini adalah sokongan kamera hadapan dengan Flash – memudahkan anda untuk merakamkan gambar selfie pada pelbagai keadaan.

Acer Liquid E3

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci HD IPS1, memori sebanyak 2GBRAM, cip empat-teras 1.2Ghz MediaTek MT6589, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel f/1.8, serta hadir dengan sokongan speaker hadapan DTS Studio Sound.

Untuk pasaran tempatan ia ditawarkan pada harga RM799, tetapi untuk promosi pengenalan, Acer Malaysia menawarkannya pada harga RM599 melalui beberapa pengedar terpilih.


TIPS & ULASAN