Bistro – Pemberi Makanan Kucing Pintar Dengan Sokongan Pengecaman Wajah Kucing

Bistro – Pemberi Makanan Kucing Pintar Dengan Sokongan Pengecaman Wajah Kucing

Diterbitkan pada July 21, 2014 oleh .

Mahu tinggalkan rumah selama beberapa hari untuk urusan kerja namun tidak sanggup untuk berjauhan dengan kucing peliharaan anda? Mungkin pada masa akan datang anda tidak perlu bimbang lagi untuk berjauhan dengan kucing anda kerana teknologi mampu menyelesaikan masalah ini.

Memperkenalkan Bistro, sebuah mesin penyuap makanan khusus untuk kucing anda. Bistro dilengkapi dengan beberapa pengesan khas seperti pengesan jumlah makanan dan air minuman kucing, penimbang berat, dan uniknya ia dilengkapi dengan kamera untuk melakukan imbasan muka kucing anda.

Menariknya Bistro boleh menyimpan profil kucing peliharaan anda serta membolehkan ia merekod berat badan dan lain-lain data seperti jumlah makanan dan minuman yang diambil oleh kucing tersebut. Data berkenaan kemudian dihantar kepada ke telefon pintar.

Bistro merupakan projek yang sedang melalui fasa pengumpulan dana melalui laman Indiegogo, dan angka terkini dana yang dikumpul ialah USD 115,949, melebihi daripada jumlah yang diperlukan iaitu USD 100,000. Tempoh pengumpulan dana akan berakhir pada 14 Ogos 2014, kira-kira satu bulan daripada tarikh pengumpulan dana bermula.

Menurut pembangun Bistro jika jumlah dana yang terkumpul melebihi USD 150,000 dua fungsi baru akan ditambah iaitu sambungan kabel ethernet serta bateri, dan jika dana yang terkumpul melebihi USD 200,000, microfon dan pembesar suara akan ditambah padanya.

Pada pendapat kami, Bistro merupakan satu idea yang sangat menarik kerana ia merupakan satu usaha untuk mendekatkan lagi kucing dengan internet seterusnya membolehkan spesis ini menakluki internet pada masa akan datang, bukannya sekadar subjek video jenaka yang sering dikongsi pada laman sosial.


TIPS & ULASAN