Facebook Menguji Sokongan Notifikasi Pada Lockscreen Android

Facebook Menguji Sokongan Notifikasi Pada Lockscreen Android

Diterbitkan pada July 21, 2014 oleh .

Facebook, seperti pada web, mereka juga turut menguji pelbagai perkara baru pada aplikasi Android mereka. Terkini, ia dilihat yang mana laman sosial terbesar tersebut mencuba sokongan memperlihatkan notifikasi pada lockscreen di peranti Android.

Facebook Lockscreen

Melalui apa yang diperlihatkan, notifikasi tersebut memaparkan rekabentuk lebih kurang seperti paparan pada Android “L”, dimana pengguna boleh melihat aktiviti terkini rakan-rakan mereka ataupun daripada Group yang disertai mereka terus pada lockscreen peranti.

Pengguna juga turut diberikan kawalan untuknya, dimana mereka boleh mengaktifkannya ataupun mematikannya melalui halaman tetapan.

Perkara ini mungkin merupakan salah satu usaha Facebook dalam membolehkan pengguna mereka lebih aktif menggunakan laman sosial berkenaan, dan tidak terlepas sebarang aktiviti.

Ia tidak diketahui lagi adakah pihak Facebook akan memperkenalkan ia secara rasmi kepada semua ataupun sebaliknya.

Bagi anda, adakah fungsi ini akan digunakan oleh anda, ataupun anda akan mematikan fungsi tersebut?


TIPS & ULASAN