Carian
Tahukah Anda? Kini Anda Boleh Tetapkan Peringatan Google Now Terus Pada Laman Google.com
July 22, 2014 Aman

Pada perkhidmatan Google Now di Android, pengguna sedia boleh membuat pelbagai jenis peringatan dengan mudah, sama ada dengan menaip ataupun dengan arahan suara. Kini, Google membawa ia setapak kehadapan, dengan membolehkan pengguna membuat peringatan terus daripada desktop melalui laman carian Google.com.

Google Now Reminder

Untuk membuatnya, pengguna terlebih dahulu perlu menggunakan pelayar web Chrome, dan log masuk ke akaun Google mereka ketika mengakses enjin carian Google. Seterusnya, pengguna boleh menaip terus pada kotak carian untuk mengingatkan berkenaan sesuatu perkara, dan ia akan hadir dengan sebuah paparan khusus untuk memudahkan pengguna membuat beberapa tetapan lain sebelum membuat peringatan tersebut.

Selain daripada kata arahan terus, pengguna turut boleh menggunakan arahan “Add Reminder” dan “Create Reminder” pada kotak carian Google untuk membuat perkara sama.

Dengan pengenalan ini, ia mungkin memudahkan pengguna yang ingin membuat peringatan sekiranya teringat kepada sesuatu perkara ketika membuat tugasan menggunakan komputer mereka.

Komen