Gambar “Windows 9” Tertiris – Memperlihatkan Menu Start Dan Aplikasi Moden Di Desktop

Gambar “Windows 9” Tertiris – Memperlihatkan Menu Start Dan Aplikasi Moden Di Desktop

Diterbitkan pada July 22, 2014 oleh .

Microsoft sebelum ini telah berkongsi mengenai beberapa kemaskini yang akan dibawakan oleh mereka pada versi baru Windows kelak. Lanjutan daripadanya, kini beberapa gambar baru tertiris ke arena web daripada versi pembangunan Windows generasi baru, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara yang akan dibawakan.

Windows 9 Tertiris

Melalui gambar baru yang tertiris ini, ia turut memperlihatkan sokongan menu Start baru yang pernah dipertontonkan pihak Windows. Ia membawakan sokongan menu Start seperti pada Windows 7, dan turut mengintegrasikan sokongan Live Tiles pada bahagian tepinya. Perkara ini sekaligus akan membolehkan pengguna desktop turut menikmati sokongan Live Tiles yang dibawakan oleh aplikasi moden Windows 8.

Disamping itu, satu lagi paparan skrin tertiris, memperlihatkan sokongan menjalankan aplikasi moden di desktop. Buat masa ini, pihak Microsoft telah sedia menawarkan sokongan untuk pin aplikasi moden di taskbar, dan pada kemaskini akan datang, mereka dijangka akan menawarkan sokongan menjalankan aplikasi moden pada tetingkapnya tersendiri di desktop.

Windows 9 Tertiris

Buat masa ini, tiada sebarang versi sistem operasi tersebut yang tertiris ke arena web. Mungkin dengan pembangunan Windows generasi baru ini bergerak kehadapan, kita akan dapat pihak Microsoft sendiri menawarkan versi pembangunannya kepada umum untuk mencubanya terlebih dahulu sebelum dilancarkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN