Apple Mula Menawarkan iTunes 12 Beta Dengan Rekaan Antaramuka Baru

Apple Mula Menawarkan iTunes 12 Beta Dengan Rekaan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada July 22, 2014 oleh .

Apple sedia memperlihatkan perubahan rekaan antaramuka pada sistem operasi perkomputeran mereka – OS X Yosemite, dan hari ini melalui penawaran versi pembangunan Yosemite, Apple turut membolehkan pembangun untuk mencuba iTunes 12 Beta.

iTunes 12 beta

iTunes 12 Beta ini membawakan rekaan antaramuka yang mendatar – selari dengan Yosemite, selain pada masa yang sama turut membawakan beberapa penambahan fungsi baru padanya.

Ia dilihat pihak Apple telah menyembunyikan beberapa menu yang tidak digunakan ramai, disamping menyusun kembali butang menu untuk aplikasi, muzik dan sebagainya. Disamping itu, Apple turut menambah sokongan Family Sharing untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan yang dibeli mereka dengan lebih kurang sehingga 6 ahli keluarga lain.

iTunes 12 beta

Dengan pengenalan untuk versi pembangun ini, kita mungkin dapat melihat pihak Apple memperkenalkan iTunes 12 secara rasminya kepada semua pengguna umum bersama-sama pelancaran sistem operasi baru mereka kelak.


TIPS & ULASAN