NVIDIA SHIELD Tablet Diumumkan Secara Rasminya – Tablet Yang Memfokuskan Permainan Video

NVIDIA SHIELD Tablet Diumumkan Secara Rasminya – Tablet Yang Memfokuskan Permainan Video

Diterbitkan pada July 23, 2014 oleh .

Bagi mereka yang amat meminati permainan video, hari ini pihak NVIDIA telah secara rasminya mempekenalkan peranti terbaru daripada mereka yang mana merupakan sebuah tablet – dinamakan sebagai NVIDIA SHIELD Tablet.

NVIDIA Shield Tablet

Memandangkan memegang tablet ketika bermain permainan video mungkin tidak begitu selesa untuk beberapa orang pengguna, pihak NVIDIA turut melengkapkannya dengan beberapa aksesori, termasuk sebuah alat kawalan yang dinamakan sebagai SHIELD Wireless Controller.

Dari segi spesifikasi, tablet bersaiz 8-inci ini hadir dengan cip pemprosesan NVIDIA Tegra K1, memori sebanyak 2GB RAM, kamera hadapan dan belakang 5-megapixel, serta dilengkapi ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro-SD. Versi LTE juga dikatakan bakal hadir dengan ruangan storan bersaiz 32GB.

NVIDIA Shield Tablet

Tablet ini turut menyertakan dua speaker pada bahagian hadapan untuk membolehkan pengguna mendengar dan menikmati audio dengan lebih baik ketika memainkan permainan. Pihak NVIDIA turut mengatakan yang mana cip yang disertakan pada tablet ini boleh memainkan permainan dengan Unreal Engine 4 tanpa sebarang masalah.

Sokongan menstrim permainan daripada PC yang dikuasakan kad grafik GeForce GTX turut disertakan pada tablet ini. Sebagai tambahan, sokongan stylus turut disertakan bersama-sama tablet ini, selain aplikasi Direct ShadowPlay yang membolehkan pengguna menyiarkan permainan terus ke Twitch.

NVIDIA Shield Tablet

Sebelum ini, pihak NVIDIA telah memperkenalkan NVIDIA Shield. Walaupun tidak dilancarkan secara rasmi, namun terdapat beberapa penjual yang menawarkan ia untuk pasaran tempatan.

Untuk SHIELD Tablet, pihak NVIDIA menyenaraikannya pada harga $299 (~RM947), sementara SHIELD Wireless Controller pada harga $59 (~RM187).


TIPS & ULASAN