Apple Menerima Paten Baru Untuk Jam Tangan Pintar – “iTime”

Apple Menerima Paten Baru Untuk Jam Tangan Pintar – “iTime”

Diterbitkan pada July 23, 2014 oleh .

Pelbagai spekulasi telah hadir mengatakan Apple bakal hadir dengan jam tangan pintar pada tahun ini, dan terkini, hari ini pihak Apple dilihat menerima paten untuk jam tangan pintar, sekaligus memperlihatkan beberapa fungsi yang dirancang.

Apple iTime

Daripada paten yang diterima Apple, ia dilihat jam tangan pintar tersebut akan menerima notifikasi daripada komputer riba, desktop dan juga telefon pintar – selain pengguna boleh mematikan sesuatu notifikasi dengan mengoyangkan tangan mereka.

Apple iTime

Ia juga turut dilihat dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk memantau beberapa perkara, selain turut hadir dengan sokongan Bluetooth dan juga modul GPS.

Apa pun, seperti biasa, hendaklah diambil perhatian yang mana penerimaan paten ini bukanlah bermakna pihak Apple akan hadir dengan peranti seumpamanya. Ia merupakan sesuatu perkara yang biasa untuk syarikat teknologi membangunkan sesuatu produk dalam bentuk prototaip untuk ujian dan pendaftaran paten – tetapi ia mungkin tidak dipasarkan kepada umum.


TIPS & ULASAN