Liberio – Platform Penerbitan Ebook Berasaskan Google Drive

Liberio – Platform Penerbitan Ebook Berasaskan Google Drive

Diterbitkan pada July 23, 2014 oleh .

Terdapat beberapa platform penerbitan ebook di pasaran hari ini, dan terkini salah satu perkhidmatan baru yang dilancarkan kepada umum adalah Liberio.

Liberio membawakan sokongan penerbitan yang dihubungkan terus ke akaun Google anda. Menggunakannya, sebaik sahaja pengguna log masuk, anda boleh mula membuat eBook, majalah, ataupun sebarang projek berkaitan penerbitan melalui pelayar web.

Liberio

Dengan menghubungkan ke Google Drive, pengguna boleh mengimport pelbagai jenis dokumen berbentuk teks, dan kemudiannya mengubah ia kebentuk eBook yang menepati pelbagai piawaian – terus melalui pelayar web.

Pengguna turut boleh memilih pelbagai perkara seperti rekaan eBook, membina laman web mini khusus untuknya, serta menawarkan pilihan memuat-turun ataupun menerbitkannya ke Google Play Store.

Bagi anda yang ingin cuba menerbitkan majalah atau eBook tersendiri, mungkin boleh mencuba Liberio hari ini.

Layari : Liberio


TIPS & ULASAN