Opera 23 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac

Opera 23 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac

Diterbitkan pada July 23, 2014 oleh .

Dengan masa pembangunan pantas yang turut digunakan oleh Opera Software, hari ini mereka secara rasminya telah memperkenalkan Opera 23 untuk para pengguna pelayar web berkenaan di Windows dan Mac.

Opera 23 membawakan beberapa kemaskini kecil, termasuk perubahan pada butang love pada bahagian bar URL yang membolehkan pengguna menambah sesuatu halaman ke Speed Dial, Bookmark ataupun ke Stash.

Opera 23 Heart

Disamping itu, pihak Opera turut mengatakan yang mana versi baru ini lebih stabil dan turut dioptimasikan untuk mengurangkan masalah pemalam yang gagal berfungsi ketika menggunakannya.

Opera 23 kini sedia untuk dimuat-turun oleh pengguna Windows dan Mac, dan pihak Opera turut akan menawarkan variasi Linux bermula Opera 24 kelak.

Muat-Turun Opera 23 untuk desktop


TIPS & ULASAN