Cari @ Amanz

Microsoft hari ini mempunyai lebih kurang tiga versi Windows, iaitu Windows 8, Windows RT dan juga Windows Phone. Perkara ini dijangka akan berubah melalui generasi baru sistem operasi dibawah Microsoft, dimana semuanya akan digabungkan menjadi satu.

Dengan mengabungkan kesemua sistem operasi ini, Microsoft mengatakan antaramuka akan boleh berubah mengikut saiz skrin, selain mana kedai aplikasi juga akan digabungkan menjadi satu.

Perkara ini akan memudahkan proses pembangun untuk membangunkan aplikasi untuknya, disamping memudahkan pengguna memfokuskan hanya pada satu ekosistem sahaja.

Pengumuman daripada pihak Microsoft ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana spekulasi berkenaan dengannya telah kedengaran sejak sebelum ini. Apa pun, mendengar ia terus daripada Satya Nadella, menekankan lagi perkara ini, dan Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd