Zmartframe : Mengubah Monitor Lama Anda Menjadi Skrin Sesentuh

Zmartframe : Mengubah Monitor Lama Anda Menjadi Skrin Sesentuh

Diterbitkan pada July 23, 2014 oleh .

Penggunaan skrin sesentuh pada komputer Windows hanya dilakukan secara meluas selepas Windows 8 dilancarkan. Majoriti komputer riba dan AIO yang dilancarkan kebelakangan ini dilengkapi skrin sesentuh bagi memudahkan navigasi dan interaksi di antara komputer dan pengguna.  Malang sekali monitor komputer dengan kemampuan sesentuh masih lagi dijual pada harga yang mahal.

zmartframe-0

Zmartframe ialah bingkai yang dipasang pada skrin komputer lama dan sekaligus memberikan kemampuan skrin sesentuh. Ianya ciptaan GoWin Technology yang berpengkalan di Hong Kong. Bingkai ini dicipta untuk digunakan pada monitor LCD sebesar 19″, 22″ dan 24″yang mempunyai nisbah skrin 16:9. Selain daripada itu bingkai ini juga merupakan peranti Android yang diperkasakan pemproses 1.2 GHz  dua teras Cortex A9 , 1 GB RAM dan muatan dalaman 8 GB. Apabila disambungkan kepada monitor melalui HDMI, monitor anda berubah menjadi sebuah tablet.  Zmartframe masih mencari dana dan bakal dijual pada harga 130 Dollar sebuah.

Sumber Zmartframe


TIPS & ULASAN