Ingin Mencuba OS X Yosemite? Pihak Apple Membuka Versi Beta Kepada Umum

Ingin Mencuba OS X Yosemite? Pihak Apple Membuka Versi Beta Kepada Umum

Diterbitkan pada July 23, 2014 oleh .

Microsoft, pada versi Windows sebelum ini, telah mula menawarkan versi beta terbuka untuk pengguna umum mencubanya sebelum versi akhir dilancarkan. Kini, Apple turut mengikut langkah yang sama dan akan menawarkan OS X Yosemite Beta kepada lebih kurang sejuta pengguna mereka.

OS X Yosemite

Untuk menyertai program tersebut, pihak Apple menyediakan sebuah halaman khas, dimana pengguna hanya perlu mendaftarkan minat menggunakan Apple ID, dan anda akan menerima kod pemasangan sebaik sahaja ia tersedia untuk anda.

Bagi melayakkan anda menggunakan versi beta tersebut, komputer anda hendaklah menjalankan OS X Mavericks. Apple turut menekankan yang mana versi beta ini mungkin mempunyai beberapa masalah yang belum dikenal-pasti dan mungkin tidak sesuai untuk digunakan pada komputer utama anda.

OS X Yosemite telah diperkenalkan pada WWDC sebelum ini, dimana membawakan pembaharuan pada antaramuka, selain turut membawakan integrasi yang lebih menyeluruh dengan peranti iOS, selain beberapa aplikasi baru seperti iCloud Drive.

Daftar Minat : OSX Yosemite Beta


TIPS & ULASAN