FourSquare Memperkenalkan Logo Baru – Aplikasi Baru Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

FourSquare Memperkenalkan Logo Baru – Aplikasi Baru Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 24, 2014 oleh .

FourSquare AppFourSquare sedia terkenal dengan sokongan daftar masuk lokasi mereka. Namun, ia akan berubah sepenuhnya bermula esok, dimana pihak FourSquare akan mengalihkan sokongan daftar masuk lokasi sepenuhnya ke aplikasi Swarm.

Jadi, dengan pelbagai perubahan ini, semestinya ada yang tertanya-tanya apakah fungsi aplikasi FourSquare kelak. Daripada apa yang dilihat, aplikasi FourSquare akan berfungsi sepenuhnya untuk memberikan cadangan lokasi-lokasi menarik berdekatan, selain memudahkan penemuan lokasi-lokasi menarik disesuatu kawasan.

Melalui beberapa gambar paparan skrin yang diperlihatkan FourSquare, ia dilihat akan mempelajari apa yang disukai pengguna, dan mencadangkan lokasi berdekatan. Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan citarasa makanan mereka, dan aplikasi berkenaan akan mencadangkan tempat makan yang menarik bergantung kepada tetapan mereka.

FourSquare juga turut mengatakan yang mana aplikasi FourSquare ini boleh berfungsi bersama-sama Swarm, dimana ia akan memaparkan beberapa informasi berkaitan pada bahagian tepi.

Selain daripada perubahan penggunaan aplikasi berkenaan, pihak FourSquare turut dilihat memperkenalkan sebuah logo baru – dimana secara kasar dilihat seperti menggunakan tema seumpama logo Tenaga Nasional.

FourSquare Logo


TIPS & ULASAN