Cari @ Amanz

Seperti dinantikan, hari ini pihak Gameloft telah menerbitkan permainan FPS terbaru mereka pada platform mudah-alih, iaitu Modern Combat 5 : Blackout. Buat masa ini, ia telah diterbitkan untuk Android dan juga iOS.

Modern Combat

Modern Combat 5 : Blackout membawakan permainan tembak-menembak dengan pandang orang pertama. Para pemain boleh memilih watak dari empat kelas berbeza iaitu Assault, Heavy, Recon dan juga Sniper; sekaligus menyelesaikan pelbagai misi yang disediakan pada permainan tersebut.

Permainan ini juga turut menyertakan sokongan multiplayer untuk membolehkan pengguna bermain dengan rakan-rakan mereka.

Permainan Modern Combat 5 : Blackout ditawarkan pada harga RM23.26 untuk Android, dan pada harga USD$6.99 untuk iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd