Cari @ Amanz

Western Digital selain daripada menawarkan ruangan storan dan beberapa produk lain, mereka turut menawarkan pemain media yang boleh dihubungkan ke televisyen, iaitu WD TV. Kini, WD TV Personal Edition dilihat telah mula dijual di Malaysia pada harga RM359.

WD TV yang dihubungkan ke televisyen ini boleh memainkan pelbagai jenis fail media, termasuk MKV, MP4, dan sebagainya. Ia turut membolehkan pengguna menghubungkan peranti dengan sambungan USB seperti kamera, atau cakera storan lain daripada WD My Cloud terus kepadanya dan melihat fail media terus pada televisyen.

WD TV

Pemain media ini turut boleh dikawal menggunakan aplikasi WD TV Remote yang ditawarkan di iOS dan juga Android, selain mana turut membolehkan pengguna memainkan fail media menggunakan sokongan Miracast melalui peranti mudah-alih mereka. Disamping itu, pengguna turut boleh memainkan sebarang fail media daripada komputer yang dihubungkan melalui rangkaian WiFi terus ke WD TV ini.

Melengkapkan pemain media ini adalah beberapa aplikasi terbina padanya, dan antaranya adalah YouTube dan juga Facebook. Dari segi sokongan port, Western Digital menawarkan sambungan port Ethernet, HDMI, USB 2.0 dan juga Composite A/V.

WD TV

Di Malaysia, mereka yang berminat sudah boleh mendapatkannya melalui pengedar rasmi Western Digital pada harga RM359.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd