EA Menawarkan The Sims 2 Ultimate Collection Secara Percuma Melalui Origin

EA Menawarkan The Sims 2 Ultimate Collection Secara Percuma Melalui Origin

Diterbitkan pada July 24, 2014 oleh .

The Sims 2EA sering hadir dengan pelbagai promosi menarik pada Origin, dan hari ini mereka mula menawarkan permainan The Sims 2 yang berusia hampir sedekad berkenaan secara percuma kepada semua pengguna untuk tempoh yang terhad.

The Sims 2 merupakan salah satu permainan simulasi hidup yang telah diterbitkan pada tahun 2004 lepas, dimana pengguna akan mengawal Sims dalam menjalankan aktiviti harian, berkomunikasi dan berhubung dengan Sim-Sim lain. Ketika pengenalannya, permainan ini boleh dikatakan permainan yang diminati ramai dan menerima pelbagai maklumbalas positif daripada pengguna.

Kini, setelah menamatkan sokongan dan penawaran patch untuknya baru-baru ini, pihak EA kini menawarkan permainan tersebut secara percuma kepada mereka yang mempunyai akaun Origin. Penawaran percuma ini hadir dalam bentuk “Ultimate Pack” yang mana turut meliputi lapan expansion-pack bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang inginkannya secara percuma, anda hanya perlu memuat-turun dan memasang Origin. Seterusnya mendaftarkan akaun Origin, dan melalui tab “Games” anda boleh redeem menggunakan kod “I-LOVE-THE-SIMS“.

Pihak EA membuka penawaran ini daripada hari ini sehingga 31 Julai 2014 ini.


TIPS & ULASAN