MyTeksi Menawarkan Penghantaran ‘Happy Packages’ Ke Rumah Pada 24- 25 Julai

MyTeksi Menawarkan Penghantaran ‘Happy Packages’ Ke Rumah Pada 24- 25 Julai

Diterbitkan pada July 24, 2014 oleh .

Peristiwa yang mendukacitakan iaitu tragedi MH17 telah seminggu berlalu. Seluruh negara bahkan dunia bersedih atas kejadian tersebut. Tragedi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada ramai orang. MyTeksi yang aktif dalam menawarkan khidmat mereka turut ingin menaikkan semangat orang ramai dan bermula hari ini MyTeksi akan menawarkan penghantaran ‘Happy Packages’ kepada para pengguna diseluruh Lembah Klang, sehingga 25 Julai esok.

Didalam ‘Happy Packages’ ini adalah butang #MalaysiansUnite dan minuman isotonik Revive. MyTeksi berharap dengan kempen sebegini, semangat orang ramai dapat disatukan lebih-lebih lagi pada tempoh berkibarnya bendera setengah tiang.

Untuk menerima ‘Happy Packages’ ini, pengguna perlu memuatturun dan melancarkan aplikasi MyTeksi pada telefon mereka, memasukkan alamat penghantaran yang sama pada kedua ruangan ‘Pick Up & Drop Off’, dan memilih teksi pilihan #MalaysiansUnite yang hanya tersedia bermula 10 pagi sehingga 5 petang. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 1 jam dan tawaran ini terhad kepada 100 pengguna terawal setiap hari, bermula hari ini sehingga esok, 25 Julai.

Sebanyak 200 ‘Happy Packages’ yang ditawarkan untuk pengguna disekitar Lembah Klang dan meskipun sedikit, kami berharap mereka dapat meluaskan penghantaran ‘Happy Packages’ ke kawasan lain mungkin pada hari yang lain.


TIPS & ULASAN