Sony Mobile Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Xperia T3

Sony Mobile Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Xperia T3

Diterbitkan pada July 24, 2014 oleh .

Sony Mobile Malaysia hari ini secara rasminya telah memulakan pendaftaran minat untuk salah satu telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xperia T3. Harga jualannya tidak diumumkan lagi, tetapi ia dilihat akan ditawarkan dalam warna hitam, putih dan juga ungu.

Sony Xperia T3

Sony Xperia T3 telah diperkenalkan pada awal bulan Jun lepas, dan dipasarkan oleh Sony sebagai telefon pintar yang nipis didunia. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.3-inci, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 1.4Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB (yang boleh diperluaskan dengan sokongan mikro-SD). Telefon ini turut dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel dan hadir dengan sokongan 4G LTE.

Selain daripada rekaan yang nipis dan ringan, pihak Sony turut memasarkannya dengan memfokuskan kepada bingkai berasaskan stainless steel yang digunakan padanya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Xperia T3, anda boleh mendaftarkan minat dihalaman rasmi Sony Mobile Malaysia hari ini – seterusnya mendapatkan kemaskini berkaitan pelancaran peranti tersebut di Malaysia terus melalui emel anda.

Daftar Minat : Xperia T3


TIPS & ULASAN