Moto E Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 Ogos – Eksklusif Melalui Lazada

Moto E Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 Ogos – Eksklusif Melalui Lazada

Diterbitkan pada July 24, 2014 oleh .

Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini, hari ini pihak Lazada  telah mula menghantar jemputan ke pelancaran rasmi telefon pintar Moto E, yang mana dijadualkan pada tarikh 13 Ogos ini.

Moto E 13 Ogos

Moto E merupakan telefon pintar mampu-milik daripada pihak Motorola, dan untuk pasaran tempatan ia dianggarkan untuk membawa tanda harga dibawah RM400. Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD, cip pemprosesan 1.2GHz Snapdragon 200, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel tanpa LED Flash, serta dilengkapi dengan sokongna dwi-SIM dan mikro-SD.

Telefon pintar ini turut membawakan antaramuka asal Android tanpa perubahan daripada pihak Motorola, dan menjalankan Android 4.4.4 KitKat.

Seperti Moto G sebelum ini, telefon pintar ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui Lazada untuk tempoh pengenalan, dan seterusnya akan diperluaskan kepada pengedar lain selepas itu.


TIPS & ULASAN