India Hadir Dengan Kasut Pintar Dipanggil “Lechal”

India Hadir Dengan Kasut Pintar Dipanggil “Lechal”

Diterbitkan pada July 24, 2014 oleh .

Pelbagai syarikat telah memperkenalkan peranti boleh-pakai yang dihubungkan ke telefon pintar, dan kini sebuah syarikat di India hadir dengan sebuah kasut pintar yang dihubungkan ke telefon melalui sokongan Bluetooth.

Lechal

Kasut pintar ini membolehkan pengguna sync perjalanan dengan aplikasi Google Maps, dan seterusnya ia akan bergetar apabila pengguna perlu membelok disesuatu lokasi. Seperti biasa, pengguna hanya perlu menetapkan lokasi dan kasut ini akan memberikan arahan perjalanan dengan bergetar – yang mana mungkin sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Lechal

Kasut ini dinamakan sebagai “Lechal”, ia juga boleh digunakan untuk tujuan kecergasan dalam merekodkan jarak yang telah dilalui dan kalori yang dibakar.

Kasut Lechal ini dijangka akan dipasarkan bermula bulan September ini.


TIPS & ULASAN