Celcom Menawarkan Beberapa Telefon Pintar Android Percuma Melalui Celcom First

Celcom Menawarkan Beberapa Telefon Pintar Android Percuma Melalui Celcom First

Diterbitkan pada July 24, 2014 oleh .

Celcom sedia terkenal sebagai penyedia rangkaian terpantas di Malaysia, membolehkan pengguna sentiasa berhubung 24 jam menggunakan telefon pintar tanpa sebarang masalah. Kini, syarikat yang pernah memenangi anugerah Frost & Sullivan ini turut hadir dengan penawaran menarik melalui pakej Celcom First.

Melalui penawaran baru ini, Celcom First menyediakan sebanyak tiga pakej menarik – dimana sesiapa sahaja yang melanggannya boleh mendapat sebuah telefon pintar percuma.

Celcom First Promo

Celcom First menawarkan pakej bermula langganan RM68 sebulan yang hadir dengan penggunaan data sebanyak 4GB, RM78 untuk gabungan First Prime 40 dan mBasic 38 yang menawarkan data sebanyak 1GB dengan pakej panggilan.

Untuk pakej First Data Basic, pengguna boleh dapatkan telefon pintar Nokia X secara percuma dengan langganan selama 24 bulan. Sebaliknya sekiranya melanggan First Prime 40 + mBasic 38 pada langganan sebanyak RM78 sebulan, pengguna boleh memilih Sony Xperia E1 (yang ditawarkan secara percuma), atau HTC Desire 310 pada tambahan RM38.

Sebagai tambahan, pihak Celcom turut menawarkan dua KAX edisi terhad secara percuma apabila mendaftar. Bagi pengguna Celcom First sedia ada, anda turut boleh mendapatkan KAX edisi terhad ini dengan membuat pembelian data tambahan sebanyak 5GB pada harga RM50 – atau melanggan sebarang pelan internet daripada Celcom.

Celcom First Promo

Layari : Promosi Celcom First

Advertorial daripada pihak Celcom.


TIPS & ULASAN