Chrome 37 Beta Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka “Material Design”

Chrome 37 Beta Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka “Material Design”

Diterbitkan pada July 25, 2014 oleh .

Sejak mengumumkan penggunaan antaramuka “Material Design” yang bakal diimplementasikan pada Android “L”, pihak Google telah mula memperkenalkan penggunaan beberapa elemen untuknya pada aplikasi mereka.

Terkini, hari ini aplikasi Chrome Beta untuk Android dikemaskini dengan rekabentuk tersebut, membawakan rekaan yang lebih kemas berbanding versi sebelum ini.

Chrome Beta Android

Disamping perubahan pada antaramuka, pihak Google turut memudahkan lagi pendaftaran masuk ke pelayar web, disamping mengoptimasikan ia untuk berfungsi dengan lebih lancar berbanding sebelumnya.

Bagi pengguna Android yang ingin mencuba antaramuka baru ini, anda boleh memuat-turun Chrome Beta dari Play Store dan melihatnya sendiri hari ini.

Muat-Turun Chrome Beta untuk Android


TIPS & ULASAN