Facebook telah membeli Instagram sebelum ini pada harga yang mengejutkan ramai pihak, dan sehingga kini mereka masih belum menjana wang melaluinya. Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi.
Melalui beberapa gambar paparan skrin yang hadir, Instagram dilihat sedang menguji bentuk paparan iklan pada aplikasi mereka, dimana secara kasarnya ingin membolehkan pengguna memasang sesuatu aplikasi dengan mudah dari aplikasi berkenaan.
Ia tidak diketahui lagi sama ada aplikasi yang digunakan pada paparan tersebut akan hadir daripada pihak Instagram ataupun sebaliknya. Pelbagai spekulasi hadir mengatakan Instagram akan memperkenalkan aplikasi memfokuskan permesejan yang dinamakan Bolt ini – dan mungkin akan diumumkan seawal minggu hadapan.
Apa pun, ujian pihak Instagram dengan memaparkan banner pada bahagian atas ini memperlihatkan potensi yang boleh dibawakan oleh aplikasi perkongsian gambar popular tersebut dalam mempromosikan aplikasi lain.
Selain daripada bentuk pengiklanan seperti ini, pihak Instagram turut telah memulakan pengiklanan berbentuk natif – yang mana memaparkan gambar daripada pengiklan di garis masa pengguna. Ujian tersebut juga masih terhad buat pengguna dibeberapa buah negara sahaja buat masa ini.