Pengurus Gear VR Tertiris – Memperlihatkan Apa Yang Bakal Dibawakan Oleh Peranti Realiti-Maya Samsung

Pengurus Gear VR Tertiris – Memperlihatkan Apa Yang Bakal Dibawakan Oleh Peranti Realiti-Maya Samsung

Diterbitkan pada July 25, 2014 oleh .

SamMobile yang telah memperlihatkan gambar awal Gear VR sebelum ini, hari ini telah berkongsi maklumat lanjut berkaitan dengannya, dan turut memperlihatkan aplikasi pengurus untuknya yang dinamakan sebagai Gear VR Manager.

Samsung Gear VR

Bagi anda yang sedia menggunakan jam tangan pintar Samsung, mahupun dari jenama lain, anda mungkin ketahui yang mana sebuah aplikasi khusus disediakan untuk menguruskannya dan memasang aplikasi, serta melaksanakan perkara lain.

Aplikasi Gear VR Manager ini dilihat akan membuat perkara sama untuk peranti realiti-maya daripada Samsung kelak. Melalui paparan skrin yang tertiris, ia dilihat Samsung akan menawarkan peranti Gear VR secara berasingan, dan pengguna perlu dock akan telefon pintar Galaxy mereka untuk menggunakannya melalui sambungan USB 3.0.

Samsung Gear VR

Samsung Gear VR

Samsung Gear VR

Disamping itu, paparan skrin ini juga turut memperlihatkan yang mana Gear VR akan dilengkapi dengan touchpad, selain sokongan butang back untuk menavigasi. Dengan menekan butang back untuk seketika, pengguna akan aktifkan kamera belakang dan sekaligus membolehkan ia digunakan untuk aplikasi berbentuk augmented reality.

Samsung turut dilihat akan melengkapkan sokongan S-Voice pada Gear VR ini – sama seperti pada jam tangan pintar mereka.

Samsung Gear VR ini dijangka akan diperkenalkan secara rasminya kepada umum pada bulan September ini – bersama-sama dengan pengenalan Galaxy Note 4.


TIPS & ULASAN